Monday 28 April 2014

SYABAS ! SYABAS !! SYABAS !!!

SYBAS. Itulah yang ingin Abe Li ucapkan setelah terbaca berita mengenainya yang memilih untuk berhijab. Seorang demi seorang  selebriti yang telah memilih untuk berhijab. Abe Li yang melihat dari jauh ini selalu mendoakan agar hasrat dan impian mereka yang kudus itu diperkenan Ilahi..
Dia yang Abe Li maksudkan itu ialah penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana. Abe Li merasa sejuk hati bila melihat perempuan yang menutup auratnya lebih2 lagi orang yang kita minati. Soal keikhlasan hati itu tidak timbul kerana ianya terletak pada individu itu sendiri, apa yang penting suruhan Allah itu wajib kita sahutkan. Lama kelamaan pasti rasa kecintaan dan keikhlasan kita terhadap Pencipta itu akan terpahat disanubari.. Kan??
Semakin hari kita semakin dekat dengan kematian, sedangkan kedudukan kita disisi Allah masih ditakuk lama. Orang2 yang ingin berhijrah dari keburukan kepada kebaikan itu sudah tentu orang2 yang mempunyai wawasan, atau yang lebih tepat lagi, orang2 yang sebegini mempunyai daya pemikiran yang hidup. Tetapi wawasan orang yang menuju keakhirat itu adalah orang yang patut diberi pujian. Pujian Abe Li pada hari ini adalah untuk Fara. Semoga ada lagi selebriti2 kita yang tidak terikut dengan budaya barat yang tidak mempunyai wawasan akhirat itu.... Aminnn..
Kepada Fara, Abe Li berpesan 'berbuat baiklah pada hari ini yang lebih baik daripada kelmarin, dan hari esok melebihi kebaikan yang kita amalkan pada hari ini. Dan bersyukurlah, kerana Fara mempunyai banyak peminat yang sentiasa mendoakan untuk Fara'..
Syabas Fara....

SALAM SENYUM SOKMO

Salam ukhwah dan salam senyum sokmo(selalu) untuk warga blog yang di hormati. Saya adalah blogger yang baru yg selalu ingin mencuba sesuatu yang baru... Tetapi harus di ingat, yang baru itu haruslah yg baik2 kalau sekiranya kita ingin menjadi orang yang baik... Apatah lagi kita hidup bermasyarakat, sudah tentu kita akan diperhatikan. Kalau sedikit masyarakat disitu, maka sedikit jugalah kita diperhatikan. Nanum ini tak bermakna kita memandang enteng, kerana apa2 saja cerita bisa saja meletup ke pelusuk buana, apatah lagi planet bumi yang bulat ini sudah tiada sempadan lagi...

Bercakap tentang hidup bemasyarakat, Abe Li amat teruja sekali kerana menjadi rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, yang aman dan makmur.... Apatah lagi Abe Li dilahirkan didalam agama Islam yang sentiasa menyeru umatnya melakukan kebaikan.. 

Yang pertama, kalau kita dilahirkan sebagai anak, kita wajib menghormati kedua  ibubapa dan berbuat baik kepada mereka yang telah menjaga dan memberi kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada kita.... Kalau kita sudah berumah tangga, juga ada tatacaranya atau garis panduan yang telah ditetap didalam Islam... Begitu jugalah hidup bermasyarakat... Pendek kata, dalam Islam itu semuanya lengkap.. Islam itu umpama pasaraya yang besar yang disukai oleh si pembeli... 

Kalau ada pembaca kita yang non muslim itu, cuba2lah menuju dan masuk ke dalam pasaraya yang besar dan serba lengkap ini dan cari sesuatu yang mungkin anda mencari dan tercari untuk eksesori kehidupan anda selama ini, semoga anda terjumpa atau menjumpai sesuatu yang mungkin anda inginkan selama ini. 

Jangan kita cuba menghampiri fitnah, kerana ianya tidak disukai oleh Islam dan pengganutnya dan Abe Li kira, ianya juga tidak disukai oleh agama2 yang lain dan pengganutnya juga..

Sebelum Abe Li mengundur diri, Abe Li menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf dari pembaca sekiranya karangan Abe Li yang tidak seberapa ini bisa mengguriskan hati atau perasaan anda semua..

Akhir kata, Abe Li mengucapkan Assalamualaikum kepada pembaca Muslim dan selamat berkenalan kepada anda yang belum Abe Li kenali....

Dan yang paling utama sekali ialah, Selawat dan salam untuk Nabi junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah S.A.W......