Salam ukhwah dan salam senyum sokmo(selalu) untuk warga blog yang di hormati. Saya adalah blogger yang baru yg selalu ingin mencuba sesuatu yang baru... Tetapi harus di ingat, yang baru itu haruslah yg baik2 kalau sekiranya kita ingin menjadi orang yang baik... Apatah lagi kita hidup bermasyarakat, sudah tentu kita akan diperhatikan. Kalau sedikit masyarakat disitu, maka sedikit jugalah kita diperhatikan. Nanum ini tak bermakna kita memandang enteng, kerana apa2 saja cerita bisa saja meletup ke pelusuk buana, apatah lagi planet bumi yang bulat ini sudah tiada sempadan lagi...
Bercakap tentang hidup bemasyarakat, Abe Li amat teruja sekali kerana menjadi rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, yang aman dan makmur.... Apatah lagi Abe Li dilahirkan didalam agama Islam yang sentiasa menyeru umatnya melakukan kebaikan..
Yang pertama, kalau kita dilahirkan sebagai anak, kita wajib menghormati kedua ibubapa dan berbuat baik kepada mereka yang telah menjaga dan memberi kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada kita.... Kalau kita sudah berumah tangga, juga ada tatacaranya atau garis panduan yang telah ditetap didalam Islam... Begitu jugalah hidup bermasyarakat... Pendek kata, dalam Islam itu semuanya lengkap.. Islam itu umpama pasaraya yang besar yang disukai oleh si pembeli...
Kalau ada pembaca kita yang non muslim itu, cuba2lah menuju dan masuk ke dalam pasaraya yang besar dan serba lengkap ini dan cari sesuatu yang mungkin anda mencari dan tercari untuk eksesori kehidupan anda selama ini, semoga anda terjumpa atau menjumpai sesuatu yang mungkin anda inginkan selama ini.
Jangan kita cuba menghampiri fitnah, kerana ianya tidak disukai oleh Islam dan pengganutnya dan Abe Li kira, ianya juga tidak disukai oleh agama2 yang lain dan pengganutnya juga..
Sebelum Abe Li mengundur diri, Abe Li menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf dari pembaca sekiranya karangan Abe Li yang tidak seberapa ini bisa mengguriskan hati atau perasaan anda semua..
Akhir kata, Abe Li mengucapkan Assalamualaikum kepada pembaca Muslim dan selamat berkenalan kepada anda yang belum Abe Li kenali....
Dan yang paling utama sekali ialah, Selawat dan salam untuk Nabi junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah S.A.W......
selamat berblogging :)
ReplyDeleteTrima ksh ff....heeee
ReplyDelete