Monday 28 April 2014

SYABAS ! SYABAS !! SYABAS !!!

SYBAS. Itulah yang ingin Abe Li ucapkan setelah terbaca berita mengenainya yang memilih untuk berhijab. Seorang demi seorang  selebriti yang telah memilih untuk berhijab. Abe Li yang melihat dari jauh ini selalu mendoakan agar hasrat dan impian mereka yang kudus itu diperkenan Ilahi..
Dia yang Abe Li maksudkan itu ialah penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana. Abe Li merasa sejuk hati bila melihat perempuan yang menutup auratnya lebih2 lagi orang yang kita minati. Soal keikhlasan hati itu tidak timbul kerana ianya terletak pada individu itu sendiri, apa yang penting suruhan Allah itu wajib kita sahutkan. Lama kelamaan pasti rasa kecintaan dan keikhlasan kita terhadap Pencipta itu akan terpahat disanubari.. Kan??
Semakin hari kita semakin dekat dengan kematian, sedangkan kedudukan kita disisi Allah masih ditakuk lama. Orang2 yang ingin berhijrah dari keburukan kepada kebaikan itu sudah tentu orang2 yang mempunyai wawasan, atau yang lebih tepat lagi, orang2 yang sebegini mempunyai daya pemikiran yang hidup. Tetapi wawasan orang yang menuju keakhirat itu adalah orang yang patut diberi pujian. Pujian Abe Li pada hari ini adalah untuk Fara. Semoga ada lagi selebriti2 kita yang tidak terikut dengan budaya barat yang tidak mempunyai wawasan akhirat itu.... Aminnn..
Kepada Fara, Abe Li berpesan 'berbuat baiklah pada hari ini yang lebih baik daripada kelmarin, dan hari esok melebihi kebaikan yang kita amalkan pada hari ini. Dan bersyukurlah, kerana Fara mempunyai banyak peminat yang sentiasa mendoakan untuk Fara'..
Syabas Fara....

No comments:

Post a Comment